Tuesday, 17 January 2012

MEMBINA DAN MEMBAIK PULIH INFRASTUKTUR MADRASAH TAHFIZ TAMAN SRI LANGAT, KAJANG

 1.0 PENGENALAN
Pembinaan Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat telah dilaksanakan oleh pihak Persatuan Penduduk Taman Sri Langat pada tahun 1991 di atas tanah Surau di Taman Sri Langat seluas 3 ekar melalui sumbangan masyarakat setempat. Pada penghujung tahun 2011 urusan pentadbiran dan pengurusan Madrsah Tahfiz Taman Sri Langat telah diuruskan bersama di antara Persatuan Penduduk Taman Sri Langat dengan Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi, Selangor atau juga dikenali sebagai Bangi Care.
Madrasah Tahfiz ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.

Rasulullah s.a.w bersabda: 
“Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi – sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut – sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai.”

InsyAllah, dengan pembinaan dan pembaik pulihan infrastuktur di Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat ini akan menjadikan Madrasah Tahfiz ini sebuah lagi Institusi yang berasaskan kebajikan dengan pendekatan terhadap perkara-perkara berikut:-
* Pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak dan masyarakat setempat;
* Bidang hafazal Al-Quran untuk kanak kanak bermula dari umur 13 tahun; dan
* Pengajian kitab, hadis dan ilmu agama untuk masyarakat setempat dan kawasan berhampiran.
Dalam dunia yang dilanda arus globilasasi atau tanpa sempadan ini pendidikan

Al-Quran dan pembelajaran kitab-kitab bermatlamat untuk membina masyarakat yang faham tentang Islam yang sebenar demi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab atas agamanya (menganut aqidah Islam yang sebenar), bertolak ansur, berkasih sayang dan berfikiran terbuka serta menjadi pemangkin ke atas minda fotograpi sekaligus memenuhi apa yang dituntut oleh Allah S.W.T
Pembinaan Madrasah ini bergantung penuh kepada sumbangan serta infak dari individu atau  organisasi yang yang mahu memberi sumbangan selaras dengan ayat ayat al-quran dan hadis hadis Nabi :
“ Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan (diseksa) apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. (Ali-Imraan : 180)

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan : 92)

Kekurangan Madrasah Tahfiz Al-Quran khususnya di kawasan bandar adalah merupakan salah satu faktor mengapa perlunya pembinaan dan pembaikpulihan Madrasah Tahfiz ini dilakukan. Kebanyakan ibu bapa kini lebih menumpukan aspek pendidikan kearah keduniaan semata-mata sehingga mengakibatkan ketidakseimbangan sosial di dalam masyarakat pada hari ini. Melalui usaha ini, pihak persatuan berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk mendalami ilmu agama seiring dengan ilmu keduniaan yang mereka pelajari untuk membolehkan generasi akan
datang mempunyai peribadi dan akhlak terpuji yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.

2.0 JUSTIFIKASI CADANGAN / OBJEKTIF PENUBUHAN

Penubuhan Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat ini diwujudkan dengan matlamat di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan para hafiz di bandar ini khasnya dan seluruh negara amnya, di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui pengajian kitab-kitab agama.
Objektif penubuhan adalah seperti berikut:-
* Melahirkan generasi yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain;
* Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah Nabi dan beramal dengannya;
* Melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormatkan kedua ibu bapa;
* Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa berakhlak mulia;
* Melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan Al – Sunnah;
* Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara; dan 
* Mewujukkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isikandung Al-Quran pada jasad individu muslim sebagaiAl-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara praktikal pada seluruh alam.

3.0 TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini dirangka adalah untuk mendapatkan dana dan sumbangan samaada dari individu, syarikat-syarikat swasta atau badan–badan tertentu yang perihatin bagi membolehkan Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
ini dibina dan dibaikpulih agar dapat beroperasi sebagaimana yang dirancang.

4.0 LATAR BELAKANG TAPAK

4.1 Lokasi
Lokasi Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat adalah terletak di Taman Sri Langat, off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

4.2 Tahap kemudahcapaian atau Akses
Lokasi Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat adalah strategik memandangkan terletak di tengah-tengah kepesatan pembangunan Bandar Kajang dan Bandar Baru Bangi dan dapat dihubungi melalui kemudahan jalan raya dan lebuhraya seperti Lebuhraya SILK, Lebuhraya Utara-Selatan (Bangi dan Kajang), Lebuhraya LEKAS, Lebuhraya LDP, Lebuhraya Grand Saga Cheras dan jalan perbandaran dari pekan Kajang dan Bandar Baru Bangi selain berhampiran dengan stesen Komuter Kajang dan UKM.

5.0 CADANGAN PEMBANGUNAN

Dalam rangka untuk melahirkan para huffaz sepertimana yang dihajati, Cadangan Pembinaan dan membaikpulih Infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat ini terdiri dari 2 fasa iaitu:-

Fasa 1 :
Meletakkan ‘cursher run’ serta menurap kawasan di sekitar Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat;
Membaikpulih bumbung di bangunan asrama, dan kantin serta menyelenggara kemudahan tandas dan bilik mandi; dan

Fasa 2 :
Membina bangunan Surau 2 tingkat lengkap dengan kemudahan bilik kuliah, pusat sumber, makmal komputer dan juga dewan serbaguna.

** Maklumat lanjut mengenai lakaran plan bangunan dan maklumat mengenai perincian kos
masih dalam penyediaan dan akan dilampirkan kelak.

Projek pembinaan dan membaikpulih Infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat ini dijangka akan bermula pada Mac 2012 dan akan siap sepenuhnya pada September 2013. Pemandangan semasa Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat adalah seperti berikut:-








6.0 ANGGARAN KOS

Keseluruhan kos pembinaan bangunan ini akan ditanggung hasil kutipan dana dan sumbangan daripada individu perseorangan, syarikat korporat, agensi dan jabatan kerajaan atau badan-badan tertentu yang berkongsi hasrat untuk merealisasikan cadangan pembinaan dan membaikpulih infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat. Sebarang sumbangan bolehlah dibuat sama ada dalam bentuk tunai/ Cek/Money Order atas nama Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi atau
dimasukkan terus ke dalam akaun Bank Persatuan Kebajikan Prihatin Bangino akaun 562834616185 (Maybank).

Pihak persatuan tidak menghadkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit sahaja, tetapi sebaliknya dalam apa juga bentuk bantuan seperti sumbangan bahan binaan, peralatan, kepakaran dan sebagainya yang berkaitan juga boleh disalurkan.

Pembinaan madrasah ini terbahagi kepada 2 fasa dimana anggaran kos keseluruhan pembinaan ádalah RM 1,200,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Dua Ratus Ribu Sahaja)

7.0 CADANGAN PELAKSANAAN

Untuk merealisasikan hasrat ini, Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat melalui Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi, Selangor (Bangi Care) telah mewujudkansatu Jawatankuasa Pelaksana Pembinaan dan Membaikpulih Infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat seperti maklumat berikut:-

Struktur Organisasi Jawatankuasa Pelaksana Pembinaan dan Membaikpulih
Infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat

Penasihat
Tn. Hj. Mohd Shafie bin Ngah
013-3377764
Pengerusi
Tn. Hj. Mazwan bin Johar
012-2809097
Tim. Pengerusi
En. Abu bakar bin Alias
016-6078532
Setiausaha
Saudara Mohd Fahmi bin Mohamad Shapie
013-6248084
Bendahari
Tn. Hj. Abdul Malik bin Hussien
019-2256500
Ahli Jawatankuasa Bertindak
1. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Langat
2. Pengerusi Surau, Taman Sri Langat
3. Pengetua Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
4. Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MPKj Zon 22

8.0 PENUTUP

Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi, Selangor (Bangi Care) sebagai pengelola Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat, Kajang mengharapkan keprihatinan daripada pelbagai pihak khususnya di dalam memberi sumbangan kewangan bagi memastikan hasrat pihak Persatuan untuk membina dan membaikpulih
Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat, Kajang dapat dicapai.