1.0 PENGENALAN
Pembinaan Madrasah
Tahfiz Taman Sri Langat telah dilaksanakan oleh pihak Persatuan Penduduk Taman
Sri Langat pada tahun 1991 di atas tanah Surau di Taman Sri Langat
seluas 3 ekar melalui sumbangan masyarakat setempat. Pada penghujung tahun
2011 urusan pentadbiran dan pengurusan Madrsah Tahfiz Taman Sri Langat
telah diuruskan bersama di antara Persatuan Penduduk Taman Sri Langat dengan Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi, Selangor atau juga dikenali sebagai Bangi Care.
Madrasah Tahfiz ini dibina berasaskan kepada kewajipan menuntut ilmu, dimana ilmu adalah penting agar setiap ibadah yang dilakukan memenuhi matlamat yang sempurna.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi – sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut – sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai.”
InsyAllah, dengan pembinaan dan pembaik pulihan infrastuktur di Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat ini akan menjadikan Madrasah Tahfiz ini sebuah lagi Institusi yang berasaskan kebajikan dengan pendekatan terhadap perkara-perkara berikut:-
* Pengajian Al-Quran kepada kanak-kanak dan masyarakat setempat;
* Bidang hafazal Al-Quran untuk kanak kanak bermula dari umur 13 tahun; dan
* Pengajian kitab, hadis dan ilmu agama untuk masyarakat setempat dan kawasan berhampiran.
Dalam dunia yang dilanda arus globilasasi atau tanpa sempadan ini
pendidikan
Al-Quran dan pembelajaran kitab-kitab bermatlamat untuk membina masyarakat yang faham tentang Islam yang sebenar demi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab atas agamanya (menganut aqidah Islam yang sebenar), bertolak ansur, berkasih sayang dan berfikiran terbuka serta menjadi pemangkin ke atas minda fotograpi sekaligus memenuhi apa yang dituntut oleh Allah S.W.T
Pembinaan Madrasah ini bergantung penuh kepada sumbangan serta infak dari individu atau organisasi yang yang mahu memberi sumbangan selaras dengan ayat ayat al-quran dan hadis hadis Nabi :
“ Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan dengan (diseksa) apa yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. (Ali-Imraan
: 180)
“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. (Ali-Imraan
: 92)
Kekurangan Madrasah Tahfiz Al-Quran khususnya di kawasan bandar adalah merupakan salah satu faktor mengapa perlunya pembinaan dan pembaikpulihan Madrasah Tahfiz ini dilakukan. Kebanyakan ibu bapa kini
lebih menumpukan aspek pendidikan kearah keduniaan semata-mata sehingga mengakibatkan ketidakseimbangan sosial di dalam masyarakat pada hari ini. Melalui usaha ini, pihak persatuan berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk mendalami ilmu agama seiring dengan ilmu keduniaan yang mereka pelajari untuk membolehkan generasi akan
datang mempunyai peribadi dan akhlak terpuji yang berjaya di dunia dan juga di akhirat.
2.0 JUSTIFIKASI CADANGAN / OBJEKTIF PENUBUHAN
Penubuhan Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat ini diwujudkan dengan matlamat di atas kesedaran bahawa kurangnya golongan para hafiz di bandar ini khasnya dan seluruh negara amnya, di samping berperanan menyampaikan ilmu-ilmu agama dan dakwah Islamiah kepada masyarakat melalui pengajian kitab-kitab agama.
Objektif penubuhan adalah seperti berikut:-
* Melahirkan generasi yang mencintai kalam ilahi, menghafaz, memahami dan mengamalkannya serta menyebarkannya kepada orang lain;
* Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah Nabi dan beramal dengannya;
* Melahirkan sebuah keluarga muslim yang sebenar, di mana anak–anak kasih dan hormatkan kedua ibu bapa;
* Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa berakhlak mulia;
* Melahirkan insan yang kamil lagi muktakammil di bawah naungan Al–Quran dan Al – Sunnah;
* Melahirkan para Hufaz (Hafiz dan Hafizah) dan Ulama’ yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara; dan
* Mewujukkan pemeliharaan Al-Quran sebagai aset umat untuk generasi akan datang dan menjadikan isikandung Al-Quran pada jasad individu muslim sebagaiAl-Quran bergerak untuk dijadikan sebagai panduan secara
praktikal pada
seluruh alam.
3.0
TUJUAN KERTAS KERJA
Tujuan
kertas kerja ini dirangka adalah untuk mendapatkan dana dan sumbangan
samaada dari individu, syarikat-syarikat swasta atau badan–badan tertentu
yang perihatin bagi membolehkan Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
ini
dibina dan dibaikpulih agar dapat beroperasi sebagaimana yang dirancang.
4.0
LATAR BELAKANG TAPAK
4.1
Lokasi
Lokasi
Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat adalah terletak di Taman Sri Langat,
off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
4.2
Tahap kemudahcapaian atau Akses
Lokasi
Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat adalah strategik memandangkan terletak
di tengah-tengah kepesatan pembangunan Bandar Kajang dan Bandar Baru
Bangi dan dapat dihubungi melalui kemudahan jalan raya dan lebuhraya seperti
Lebuhraya SILK, Lebuhraya Utara-Selatan (Bangi dan Kajang), Lebuhraya
LEKAS, Lebuhraya LDP, Lebuhraya Grand Saga Cheras dan jalan perbandaran
dari pekan Kajang dan Bandar Baru Bangi selain berhampiran dengan
stesen Komuter Kajang dan UKM.
5.0
CADANGAN PEMBANGUNAN
Dalam
rangka untuk melahirkan para huffaz sepertimana yang dihajati, Cadangan
Pembinaan dan membaikpulih Infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri
Langat ini terdiri dari 2 fasa iaitu:-
Fasa 1
:
Meletakkan
‘cursher run’ serta menurap kawasan di sekitar Madrasah Tahfiz Taman
Sri Langat;
Membaikpulih
bumbung di bangunan asrama, dan kantin serta menyelenggara kemudahan
tandas dan bilik mandi; dan
Fasa 2
:
Membina
bangunan Surau 2 tingkat lengkap dengan kemudahan bilik kuliah, pusat
sumber, makmal komputer dan juga dewan serbaguna.
** Maklumat lanjut mengenai lakaran plan bangunan dan
maklumat mengenai perincian kos
masih dalam penyediaan dan akan dilampirkan kelak.
Projek
pembinaan dan membaikpulih Infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
ini dijangka akan bermula pada Mac 2012 dan akan siap sepenuhnya pada
September 2013. Pemandangan semasa Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
adalah seperti berikut:-
6.0
ANGGARAN KOS
Keseluruhan
kos pembinaan bangunan ini akan ditanggung hasil kutipan dana dan
sumbangan daripada individu perseorangan, syarikat korporat, agensi dan jabatan
kerajaan atau badan-badan tertentu yang berkongsi hasrat untuk merealisasikan
cadangan pembinaan dan membaikpulih infrastuktur Madrasah Tahfiz
Taman Sri Langat. Sebarang
sumbangan bolehlah dibuat sama ada dalam bentuk tunai/ Cek/Money
Order atas nama Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi atau
dimasukkan
terus ke dalam akaun Bank Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi, no
akaun 562834616185 (Maybank).
Pihak
persatuan tidak menghadkan sumbangan dalam bentuk wang ringgit sahaja,
tetapi sebaliknya dalam apa juga bentuk bantuan seperti sumbangan bahan
binaan, peralatan, kepakaran dan sebagainya yang berkaitan juga boleh disalurkan.
Pembinaan
madrasah ini terbahagi kepada 2 fasa dimana anggaran kos keseluruhan
pembinaan ádalah RM 1,200,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta Dua Ratus Ribu Sahaja)
7.0 CADANGAN PELAKSANAAN
Untuk merealisasikan hasrat ini,
Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat melalui Persatuan Kebajikan Prihatin Bangi,
Selangor (Bangi Care) telah mewujudkansatu Jawatankuasa Pelaksana
Pembinaan dan Membaikpulih Infrastuktur Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
seperti maklumat berikut:-
Struktur Organisasi Jawatankuasa
Pelaksana Pembinaan dan Membaikpulih
Infrastuktur
Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
Penasihat
Tn. Hj.
Mohd Shafie bin Ngah
013-3377764
Pengerusi
Tn. Hj.
Mazwan bin Johar
012-2809097
Tim.
Pengerusi
En. Abu
bakar bin Alias
016-6078532
Setiausaha
Saudara
Mohd Fahmi bin Mohamad Shapie
013-6248084
Bendahari
Tn. Hj.
Abdul Malik bin Hussien
019-2256500
Ahli
Jawatankuasa Bertindak
1.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Langat
2.
Pengerusi Surau, Taman Sri Langat
3.
Pengetua Madrasah Tahfiz Taman Sri Langat
4.
Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) MPKj Zon 22
8.0
PENUTUP
Persatuan
Kebajikan Prihatin Bangi, Selangor (Bangi Care) sebagai pengelola Madrasah
Tahfiz Taman Sri Langat, Kajang mengharapkan keprihatinan daripada
pelbagai pihak khususnya di dalam memberi sumbangan kewangan bagi
memastikan hasrat pihak Persatuan untuk membina dan membaikpulih
Madrasah
Tahfiz Taman Sri Langat, Kajang dapat dicapai.
No comments:
Post a Comment